Hujan
lebat yang turun sedari pagi masih lagi belum menampakkan tanda-tanda untuk
berhenti. Jam di dinding sudah mulai
berganjak ke angka 6. Sebentar lagi pasti ramai anak-anak muda akan keluar
untuk meraikan sambutan tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan
sejarah lama. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya sambil membuang pandang ke
luar jendela. Sakit hatiku bila mengenang kisah lalu.
Lamunanku
terhenti apabila telefon bimbitku berdering minta untuk di angkat segera. Siapa
pula yang membuat panggilan petang-petang begini. Kacau daun betul lah! Aku
bermonolog sendirian. Lantas aku mencapai telefon bimbit tanpa melihat nama si
pemanggil.
“assalamualaikum.
Siapa ni?” aku memulakan bicara dengan sopan agar tidak menyinggung si
pemanggil.
“wa’alaikumsalam
Nur. Ni Arrif lah. Awak tengah buat apa hujan-hujan ni?” kedengaran suara si
pemanggil di hujung talian. Setelah mendengar namanya barulah aku tersedar
bahawa Arrif yang call. Hatiku yang
tadi sedikit walang kini mulai kembang setelah mendengar suara si pemanggil
yang sangat di rindui.
Aku
hanya menjawab seadanya kerana aku bimbang seandainya Arrif dapat menangkap
perasaanku ketika ini yang sedikit walang dilanda angin masa lalu. Setelah puas
berbual akhirnya kami menamatkan talian kerana sebentar lagi Arrif dan keluarga
sebelah bapanya akan pergi makan bersama keluarga sepupunya yang datang
daripada Korea.
Ketika
kakiku hendak melangkah ke luar bilik, mataku tertancap pada sebuah kotak kecil
berwarna coklat yang terletak di bawah katilku. Tanpa di pinta kakiku terus
melangkah ke katil lalu mencapai kotak tersebut dan membukanya perlahan-lahan.
Sesak dadaku tatkala melihat barang-barang yang ada di dalam kotak itu. Kini
kerinduan mulai menapak di dalam hati kecilku. Air mata yang mulai bertangkung
pantas aku seka sambil berkata ‘ kenapa aku mesti ingat dia? Aku kan dah ada
Arrif yang sentiasa menemaniku setelah pemergian dia.’
Dengan
hati yang sebak aku meletakkan balik kotak tersebut di bawah katil. Segala
kenangan itu begitu sukar untuk aku usir dari kamar hati. Walaubagaimanapun
yang pergi tetap pergi dan tak mungkin akan kembali. Semoga arwah Asyraf tenang
dan di terima di sisi Allah SWT. Seketika aku teringat pesanan terakhirnya
sebelum Asyraf menghembuskan nafas terakhir. “ Nur, jaga dirimu baik-baik ya.
Peliharalah mahkotamu sayang. Carilah pengganti yang dapat membimbingmu ke
jalan Allah.”
Asyraf
Luqman. Satu nama yang pernah bertakhta
dalam lubuk hatiku satu masa dulu namun kini yang ada hanyalah kenangan demi kenangan.
Pemergiannya begitu menyentap
perasaanku. Kendatipun begitu, aku mulai
belajar menjadi seorang yang tabah agar
tidak lagi tersungkur.
“Kring !!!! Kring !!!!” semua pelajar berpusu-pusu
berjalan menuju ke Dataran Kecemerlangan untuk sesi perhimpunan pertama sesi 2011.
Seperti biasa, aku menjalankan tugasku sebgai seorang pengawas sekolah dalam
memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Riuh rendah
suara Dataran Kecemerlangan dengan suara pelajar-pelajar bercerita mengenai
cuti hujung tahun mereka. Aku hanya mampu senyum dan menggeleng dengan tingkah
laku mereka.
Sedang
aku memerhati, bahuku seperti di sentuh seseorang. Dengan perasaan yang agak
gementar, aku memusingkan badanku sedikit demi sedikit. Tatkala itu, aku
melihat seraut wajah seorang guru yang begitu anggun tersenyum padaku. Rupa –
rupanya aku telah di tugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari pertama
persekolahan.
Aku
cuba untuk berdalih. “ Er tapi cikgu, saya dah lama tak berucap di depan
khalayak ramai.” Tapi secara kenyataannya, aku memang telah lama meninggalkan
bidang tersebut.
“Tak
apa. Cikgu yakin kamu boleh.sebelum ni pun kamu selalu mengacara majlis malahan
membuat persembahan kan? So, there’re no
reason to say no.” cikgu Zakiah masih lagi memujuk.
Akhirnya
,aku menyambut tugas itu dengan hati
yang terbuka. “Baiklah cikgu, saya terima. Tapi siapa guru yang akan berucap
dan nama-nama guru yang bertugas?” tanyaku agar aku tidak kelangkabut semasa
mengendalikan majlis.
Seusai
sahaja majlis, semua pelajar di arahkan masuk ke kelas kecuali pelajar
tingkatan lima. Aku sudah sedia maklum bahawa perjumpaan ini tidak lain tidak
bukan adalah pertukaran kelas. Aku berharap aku dapat turun kelas. Pelik? That s me!
“Nur
Delisha. 5 Akrab.” Kedengaran namaku di sebut oleh Puan Rose. Tatkala itu,
hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku apabila aku berjaya pindah ke
kelas lain. Biarkanlah apa yang hendak orang kata.
Saat
kakiku hendak melangkah masuk kelas, barulah aku tersedar bahawa tahun ini aku
bakal sekelas dengan seseorang yang cukup memusuhiku. Zaneera ! Terbayang di
fikiranku wajahnya yang cukup garang dan matanya yang begitu tajam apabila
menatap mataku.
Aku
tersentak daripada lamunan apabila seseorang mencuit pinggangku. Hampir melatah
aku di buatnya. “Hey kenapa tak masuk ni? Pergi ambil tempat.” Arah cikgu Mas
setelah melihat aku bersembunyi di sebalik tiang yang memisahkan antara
kelas-kelas lain.
“Er
..er er.. Saya malu sebenarnya cikgu.” Aku cuba untuk berdalih menutup
kegelisahan yang sedang melanda. Dengan langkah yang longlai aku melangkah ke
kelas dengan penuh berhati-hati sambil memandang lantai.
‘oh man ! Kenapa dia duduk sebaris dengan aku? Eh
bukanlah, tapi aku yang duduk sebaris dengan dia?’aku berbicara sendiri setelah
mataku tertancap ke wajah Zaneera yang betul-betul di hadapanku.
“
Hoi! Apesai muka hang pucat ni? Macam nampak jembalang je. Apesal beb?” Tanya
rakanku yang duduk di sebelah aku. Serba salah untuk aku berterus terang kepada
Ezza apa yang ada di dalam hati dan fikiranku saat ini. Lebih baik aku
pendamkan sahaja. Lantas aku hanya membalas pertanyaan itu dengan memberikan
senyuman yang cukup menawan kepada Ezza. Erk? Menawan ke? Hehe ..
“Aik
senyum pulak dia. Woi! Kau ni ok ke tak?” lantas Ezza menampar bahuku apabila
melihat reaksiku yang bersahaja. Aku terjerit kecil apabila merasai tamparan
itu.
“
Eh kau ni nampak je keding. Tapi bila pukul orang , berbisa betul. Sakit kau
tahu tak?” aku mulai membebel agar Ezza tidak dapat dapat menangkap sebarang
kegelisahan yang ada dalam hatiku tatkala ini.
Sedar
tidak sedar, pemilihan ketua kelas telah pun berjaya di pilih mengikut undian
majoriti. Aku sendiri tidak tahu bila aku mengundi Ramdhan sebagai ketua kelas.
Mungkin ketika aku berkhayal tadi. Argh .. Aku peduli apa. None of my business.
Setelah
selesai pemilihan, pembelajaran di teruskan seperti biasa dan tatkala itu juga
aku sudah mulai menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh. Biarlah apa
sahaja yang datang, aku tetap akan mengejar cita-citaku. Kini aku mulai
bertekad untuk berjaya dalam hidup di samping membahagiakan ibu dan ayah.
Malahan
inilah salah satu amanat arwah Asyraf
ketika hayatnya masih ada iaitu melihat aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
Meskipun kini, dia tiada lagi di sisi, semangat yang di hantar membuatkan aku
lebih kuat untuk berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang Doktor.
Tanpa aku sedari, jam sudah merangkak ke angka 1.
Sebentar lagi aku dan rakan-rakan akan pulang kerumah atau lebih tepat waktu
pembelajaran tamat. Yeay! Saat yang aku nantikan. Er? Pelikkan? Sebenarnya aku
nak buang hajat. Dari waktu lepas rehat tadi aku cuba menahan sakit perut. Aku tidak
biasa menggunakan tandas sekolah.
Aku
berjalan laju seperti orang yang di kejar anjing. Tatkala aku sedang menumpukan
perjalanan untuk sampai kerumah, tiba-tiba aku di kejutkan dengan bunyi hon
yang seperti aku kenali. Tapi tumpuanku kini lebih tertumpu kepada rumah.