keikhlasan dan kebenaran dari saya


Kepada awak  yang saya sayangi. Dimata awak, saya seorang yang kejam kerana mempermainkan perasaan awak sehingga awak kecewa. Di mata awak juga saya seorang penipu. Biarlah apa sahaja tanggapan awak. Hanya saya dan ALLAH yang mengetahui di sebaliknya.
            Kita tak pernah jangka akan jadi sebegini. Saya tak sangka panas hanya seketika dan akhirnya hujan turun lebat di tengahari. Tapi pernah tak awak tahu apa yang saya alami. Apa yang saya rasa sehingga membuatkan saya untuk bersikap prejudis terhadap awak.
            Memang saya sengaja untuk buat awak sakit hati. Saja nak buat awak marah , benci dan sebagainya. Memang saya perempuan sial , lahanat, lahabau yang pernah awak jumpa kot. Saya tak terfikir nak buat semua ni. Tapi keadaan memaksa saya buat semua ni. Sebab saya tak nak bersedih di kemudian hari.
            Memang secara lazimnya, saya selalu mengadu dengan awak yang saya sakit kepala kan? Kadang-kadang awak endahkan sahaja. Sebab awak ingat saya drama. Thanks sebab gelar saya drama king. Bukan mudah untuk mendapat gelaran tu daripada orang yang kita sayang.
            Saya pernah terfikir, mungkin saya mengalami penyakit lain. Saya mulai sangsi dengan diri saya. Kepala saya sering sakit dua tiga bulan ni. Tapi saya tetap untuk tahan. Saya tetap untuk tersenyum. Sebuah artikel ada menyatakan bahwa orang yang menghidapi migraine mudah untuk terdedah kepada penyakit kanser. Migraine terbahagi dua. Migraine classic dan migraine apa tah.
            Mungkin saya mengalami migraine yang lebih cenderung kepada kanser. Pelbagai symptom yang hamper sama dengan keadaan saya. Kalau awak nak tahu, rambut saya dah tak macam dulu. Rambut saya gugur. Terlalu banyak. Setiap hari kalau saya sapu lantai, pasti ada rambut di setiap lantai. Malahan ia melekat kat bantal saya.
            Bukan sikit tapi banyak. Terutama kalau saya mandi, cuci rambut. Masa tu banyak sangat rambur yang gugur. Rasa macam nak menagis pun ada. Saya sendiri tak berani untuk check. Takut kalau ianya betul-betul seperti apa yang saya fikirkan.
            Saya minta maaf. Inilah tindakan yang paling bodoh pernah saya lakukan agar awak menjauhi saya. Saya tak nak awak sedih. Ternyata saya berjaya dan awak juga biasa. Tiada tanda kesedihan. Saya tak kisah kalau awak benci saya sekalipun. Memang itu yang saya harapkan.
            Bukan itu sahaja. Saya takut, sekiranya kita mendirikan rumahtangga tapi saya tak mampu untuk memberi awak zuriat. Seperti yang makcik tu cakap. Saya mengalami masalah di bahagian peranakan. Setiap insan mahukan permata dalam kehidupan mereka.
            Sementara ini, bolehlah awak cari pengganti yang boleh memberikan awak zuriat bila berkahwin nanti. Saya doakan kebahagiaan awak. Saya harap awak bahagia. Kan?
            Bohonglah sekiranya saya tidak rindukan awak. Saya rindu. Rindu nak bergurau dengan awak. Rindu nak macam dulu lagi. Tapi itu mustahil. Di hari ulangtahun saya hari tu, awak sendiri dah bagi tahu yang awak dah bosan dengan saya. Terima kasih. Akhirnya terbit kebencian dalam diri awak.
            Hari-hari kita jumpa. Sebab kita satu tempat kerja. Haha. Hakikatnya saya masih rindu awak. Bila saya rindukan awak, saya mengadu dan menangis pada Allah. Alhamdulillah setakat ni, saya belum lupa lagi mendoakan arwah ibu ayah awak. Saya dapat tahu awak nak berhenti. Saya sedih sangat. Sebab saya tak dapat jumpa lagi. Seandainya saya benar-benar ada kanser, saya nak mati tatkala awak ada di sisi saya seperti waktu saya pingsan dulu.
            Tapi semua tinggal harapan. Mungkin saat nota ringkas ni awak baca, saya tiada lagi di sisi. Hanya kenangan yang menjadi memori kita. Meskipun ia memori pahit.
                       
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Saya sayangkan awak muhd redzuan abd rahman walaupun awak membenci saya. Dan saya berharap kebencian itu semakin bertambah dan menjadi lebih menyampah. Seandainya saya bebas dari penyakit tersebut Alhamdulillah. Hakikatnya saya telah kehilangan abang. Biarlah ia menjadi sejarah. Kerana kebencian dah menyelubungi hati abang.
ini bukan lagi satu penipuan yang saya cipta. tapi ini kebenaran.