my life as a college's student :)

salam ukhuwah buat semua.
alhamdulillah sya dah further study . kt ne? cer teka? haha.

sya da smbung stdy kt SRI college. pnah dgor ta? SRI stand for smart reader international college. sya amik early childhood.. the cheepest course in malaysia . sya terpkse ulang alik dr Langat ke Sri Hartamas . pergh .. pnat weyh .. kbas kaki ni .. da la drive manual . kalo auto okay ag ... tp manual la best .. kan3? na tgok pic college kte ? moh nengok ...
ape2 pown doakn sya berjaya dlm course ni .. even profession guru sgt dpndang enteng oleh masyarakat.. tapi inilah satu pekerjaan yang sgt mulia . tanpa guru .. mampukah kta mnjadi org yang berguna sprti hari ini.

Aku mahu A+


Hujan lebat yang turun sedari pagi masih lagi belum menampakkan tanda-tanda untuk berhenti. Jam di dinding  sudah mulai berganjak ke angka 6. Sebentar lagi pasti ramai anak-anak muda akan keluar untuk meraikan sambutan tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan sejarah lama. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya sambil membuang pandang ke luar jendela. Sakit hatiku bila mengenang kisah lalu.
            Lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berdering minta untuk di angkat segera. Siapa pula yang membuat panggilan petang-petang begini. Kacau daun betul lah! Aku bermonolog sendirian. Lantas aku mencapai telefon bimbit tanpa melihat nama si pemanggil.
            “assalamualaikum. Siapa ni?” aku memulakan bicara dengan sopan agar tidak menyinggung si pemanggil.
            “wa’alaikumsalam Nur. Ni Arrif lah. Awak tengah buat apa hujan-hujan ni?” kedengaran suara si pemanggil di hujung talian. Setelah mendengar namanya barulah aku tersedar bahawa Arrif yang call. Hatiku yang tadi sedikit walang kini mulai kembang setelah mendengar suara si pemanggil yang sangat di rindui.
            Aku hanya menjawab seadanya kerana aku bimbang seandainya Arrif dapat menangkap perasaanku ketika ini yang sedikit walang dilanda angin masa lalu. Setelah puas berbual akhirnya kami menamatkan talian kerana sebentar lagi Arrif dan keluarga sebelah bapanya akan pergi makan bersama keluarga sepupunya yang datang daripada Korea.
            Ketika kakiku hendak melangkah ke luar bilik, mataku tertancap pada sebuah kotak kecil berwarna coklat yang terletak di bawah katilku. Tanpa di pinta kakiku terus melangkah ke katil lalu mencapai kotak tersebut dan membukanya perlahan-lahan. Sesak dadaku tatkala melihat barang-barang yang ada di dalam kotak itu. Kini kerinduan mulai menapak di dalam hati kecilku. Air mata yang mulai bertangkung pantas aku seka sambil berkata ‘ kenapa aku mesti ingat dia? Aku kan dah ada Arrif yang sentiasa menemaniku setelah pemergian dia.’
            Dengan hati yang sebak aku meletakkan balik kotak tersebut di bawah katil. Segala kenangan itu begitu sukar untuk aku usir dari kamar hati. Walaubagaimanapun yang pergi tetap pergi dan tak mungkin akan kembali. Semoga arwah Asyraf tenang dan di terima di sisi Allah SWT. Seketika aku teringat pesanan terakhirnya sebelum Asyraf menghembuskan nafas terakhir. “ Nur, jaga dirimu baik-baik ya. Peliharalah mahkotamu sayang. Carilah pengganti yang dapat membimbingmu ke jalan Allah.”
            Asyraf Luqman. Satu  nama yang pernah bertakhta dalam lubuk hatiku satu masa dulu namun kini yang  ada hanyalah kenangan demi kenangan. Pemergiannya begitu  menyentap perasaanku. Kendatipun begitu, aku  mulai belajar menjadi seorang yang tabah  agar tidak lagi tersungkur.

“Kring !!!! Kring !!!!” semua pelajar berpusu-pusu berjalan menuju ke Dataran Kecemerlangan untuk sesi perhimpunan pertama sesi 2011. Seperti biasa, aku menjalankan tugasku sebgai seorang pengawas sekolah dalam memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Riuh rendah suara Dataran Kecemerlangan dengan suara pelajar-pelajar bercerita mengenai cuti hujung tahun mereka. Aku hanya mampu senyum dan menggeleng dengan tingkah laku mereka.
            Sedang aku memerhati, bahuku seperti di sentuh seseorang. Dengan perasaan yang agak gementar, aku memusingkan badanku sedikit demi sedikit. Tatkala itu, aku melihat seraut wajah seorang guru yang begitu anggun tersenyum padaku. Rupa – rupanya aku telah di tugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari pertama persekolahan.
            Aku cuba untuk berdalih. “ Er tapi cikgu, saya dah lama tak berucap di depan khalayak ramai.” Tapi secara kenyataannya, aku memang telah lama meninggalkan bidang tersebut.
            “Tak apa. Cikgu yakin kamu boleh.sebelum ni pun kamu selalu mengacara majlis malahan membuat persembahan kan? So, there’re no reason to say no.” cikgu Zakiah masih lagi memujuk.
            Akhirnya ,aku  menyambut tugas itu dengan hati yang terbuka. “Baiklah cikgu, saya terima. Tapi siapa guru yang akan berucap dan nama-nama guru yang bertugas?” tanyaku agar aku tidak kelangkabut semasa mengendalikan majlis.
            Seusai sahaja majlis, semua pelajar di arahkan masuk ke kelas kecuali pelajar tingkatan lima. Aku sudah sedia maklum bahawa perjumpaan ini tidak lain tidak bukan adalah pertukaran kelas. Aku berharap aku dapat turun kelas. Pelik? That s me!
            “Nur Delisha. 5 Akrab.” Kedengaran namaku di sebut oleh Puan Rose. Tatkala itu, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku apabila aku berjaya pindah ke kelas lain. Biarkanlah apa yang hendak orang kata.
            Saat kakiku hendak melangkah masuk kelas, barulah aku tersedar bahawa tahun ini aku bakal sekelas dengan seseorang yang cukup memusuhiku. Zaneera ! Terbayang di fikiranku wajahnya yang cukup garang dan matanya yang begitu tajam apabila menatap mataku.
            Aku tersentak daripada lamunan apabila seseorang mencuit pinggangku. Hampir melatah aku di buatnya. “Hey kenapa tak masuk ni? Pergi ambil tempat.” Arah cikgu Mas setelah melihat aku bersembunyi di sebalik tiang yang memisahkan antara kelas-kelas lain.
            “Er ..er er.. Saya malu sebenarnya cikgu.” Aku cuba untuk berdalih menutup kegelisahan yang sedang melanda. Dengan langkah yang longlai aku melangkah ke kelas dengan penuh berhati-hati sambil memandang lantai.
‘oh man ! Kenapa dia duduk sebaris dengan aku? Eh bukanlah, tapi aku yang duduk sebaris dengan dia?’aku berbicara sendiri setelah mataku tertancap ke wajah Zaneera yang betul-betul di hadapanku.
            “ Hoi! Apesai muka hang pucat ni? Macam nampak jembalang je. Apesal beb?” Tanya rakanku yang duduk di sebelah aku. Serba salah untuk aku berterus terang kepada Ezza apa yang ada di dalam hati dan fikiranku saat ini. Lebih baik aku pendamkan sahaja. Lantas aku hanya membalas pertanyaan itu dengan memberikan senyuman yang cukup menawan kepada Ezza. Erk? Menawan ke? Hehe ..
            “Aik senyum pulak dia. Woi! Kau ni ok ke tak?” lantas Ezza menampar bahuku apabila melihat reaksiku yang bersahaja. Aku terjerit kecil apabila merasai tamparan itu.
            “ Eh kau ni nampak je keding. Tapi bila pukul orang , berbisa betul. Sakit kau tahu tak?” aku mulai membebel agar Ezza tidak dapat dapat menangkap sebarang kegelisahan yang ada dalam hatiku tatkala ini.
            Sedar tidak sedar, pemilihan ketua kelas telah pun berjaya di pilih mengikut undian majoriti. Aku sendiri tidak tahu bila aku mengundi Ramdhan sebagai ketua kelas. Mungkin ketika aku berkhayal tadi. Argh .. Aku peduli apa. None of  my business.
            Setelah selesai pemilihan, pembelajaran di teruskan seperti biasa dan tatkala itu juga aku sudah mulai menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh. Biarlah apa sahaja yang datang, aku tetap akan mengejar cita-citaku. Kini aku mulai bertekad untuk berjaya dalam hidup di samping membahagiakan ibu dan ayah.
            Malahan inilah salah satu amanat arwah  Asyraf ketika hayatnya masih ada iaitu melihat aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Meskipun kini, dia tiada lagi di sisi, semangat yang di hantar membuatkan aku lebih kuat untuk berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang Doktor. 

Tanpa aku sedari, jam sudah merangkak ke angka 1. Sebentar lagi aku dan rakan-rakan akan pulang kerumah atau lebih tepat waktu pembelajaran tamat. Yeay! Saat yang aku nantikan. Er? Pelikkan? Sebenarnya aku nak buang hajat. Dari waktu lepas rehat tadi aku cuba menahan sakit perut. Aku tidak biasa menggunakan tandas sekolah.
            Aku berjalan laju seperti orang yang di kejar anjing. Tatkala aku sedang menumpukan perjalanan untuk sampai kerumah, tiba-tiba aku di kejutkan dengan bunyi hon yang seperti aku kenali. Tapi tumpuanku kini lebih tertumpu kepada rumah.


kesedihan yang tiada penghujung

salam..
hye the ladies
nur rndu gan korang .. rndu sgt2 .. sgt2 lah .. smpai x terucap ..
hehe pelik kan? tp benar . aku da mle mrepek .
korang , bnyk bende nur nak cite gan korang ..
nur tak taw knp lately ni nur sedih sgt ..
nur selalu ngs mlm2 ..
nur nak cte . tp mls nak kaci life korang ..
nur kesian gan korang yg terpkse mnadah telinge dgr ..

miss my E71

salam..
huh.. da dkat 8 bulan sya x pegang phone kesayangan sya .. Nokia E71.. ..
rindu sgt2 gan function2 phone tu .. xsabar rasanya nak guna phone tu balik ...
rileks sya ... 2 weeks more my dear .. pastu leyh enjoy gan phone tu ...

tapi en ... pkai phone ni sometime menyusahkan la plak .. knp ? sbb time kte nk cpt.. phone ni always give a big problem.. time tu la nk btri kong .. time tu la kredit abs... mcm la..
bile smpainya saat 30 nov 2011 .. abs je paper bio 3..
nokia E71 la yg mle2 sya cri .. kalo bleh nk lpaskan rndu gan phone tu spuas2nya...
haha.. crazzy ryte? .. syg uwh gan phone tu ..


but in deep of my heart : still love my sweetheart (mohd hafizi alwi)
i syg u sgt2..

tension~

salam...
spm is getting corner ...
gile tension sya diwatnye..
makn x lalu... tdur? lg lah x lena..
kesihatan? lagi la mkin teruk...
sume mengharapkan yg terbaik dr sya..
insyaALLAH .. ibu ,ayh.. sya akn wat yg terbaek..
sya akn penuhi hasrat ibu ayah yg nak sya jd doktor stu ary nnty..
restu ibu ayh sgt2 sya mohon.. agr ankmu ini mampu mncri ktenangn ktika mnjwab exam..
dan semoga dipermudahkan sya jwb exam....

semoga semakin hampir spm ni... x ad msalah yg akn timbul...
rsenye target terlebih ckup...
kwn2..
doakn sya yang terbaik tuk spm ni ye...

SPM ??

Salam..
spt yg sume mklum bhawa spm akn menjngah x lme ag ...
n sya pown tgah seram sjok mnnti kdtgan spm ...
sya tkot x dpt wat yg terbaek ....
apa2 pown sya minx korang doakan yg terbaek untk sya .
sya minx maaf kalo pnh terksr bhse gan spe2 .. atau slh laen yg sya x sdar ... sya minx maaf ..
smoga kemaafn yg korang beri dpt tenangkan aty sya .